Jump to content

Wn/ms/Sarawak perkenal pelan jalur lebar untuk kawasan pedalaman

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sarawak perkenal pelan jalur lebar untuk kawasan pedalaman

30 Jun 2024 (Ahad)

Satu pelan internet jalur lebar prabayar bakal diperkenalkan di Sarawak di bawah inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Pedalaman Sarawak (MySRBN) yang mensasarkan golongan isi rumah di kawasan pedalaman, demikian menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.

Penduduk seperti di Rumah Panjang ini bakal menikmati manfaat perkhidmatan jalur lebar dengan harga yang rendah.
Imej: Rod Waddington.

Pelan itu, dinamakan sebagai MySRBN Home Prepaid Plan ditawarkan dengan harga serendah RM5 bagi penggunaan data sebanyak 200 GB seminggu. "Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) akan memperkenalkan pakej itu dengan data percuma sebanyak 300MB setiap bulan," katanya.

"Tetapi jika penggunaan lebih dari 300MB, pengguna boleh menambah kuota dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200GB atau RM20 sebulan untuk 1TB."

Menurutnya, terdapat perbezaan penawaran harga jika dibandingkan dengan penyedia telekomunikasi sedia ada kerana ia telah disubsidi oleh SDEC bertujuan untuk meluaskan penggunaan rangkaian di kawasan luar bandar dan pedalaman. Tambahnya, peranti seperti modem dan antena diberi secara percuma kepada pemohon yang diluluskan.

Untuk rekod, rangkaian MySRBN dilancarkan pada 2021 kini memiliki sejumlah 490 tapak di seluruh Sarawak. Ia meliputi sebanyak 490 kawasan di luar bandar, terdiri daripada 19,668 buah premis.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog