Jump to content

Wn/ms/Saluran "Malaysia4Palestine" diterbitkan, ketengahkan krisis Israel-Palestin

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Saluran "Malaysia4Palestine" diterbitkan, ketengahkan krisis Israel-Palestin

25 Mei 2024 (Sabtu)

Astro Holding Berhad bersama-sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan saluran khas sementara, Malaysia4Palestine yang mengetengahkan kandungan berkaitan konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku ketika ini. Saluran itu mula ditayangkan tengah hari tadi sehingga Ahad.

Himpunan 10k Solidariti Palestin di Kuala Lumpur (2023)
Imej: Zahirulnukman.

Kolaborasi yang terjalin di antara dua stesen penyiaran Malaysia ini menampilkan beberapa artis terkemuka, pempengaruh, pemain industri dan aktivis kemanusiaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap krisis kemanusiaan yang kian meruncing di Gaza. Beberapa segmen seperti sesi wawancara, persembahan istimewa dan dokumentari juga akan ditayangkan.

"Saya mengalu-alukan usaha untuk menyiarkan saluran selama 24 jam ini. Ini merupakan usaha yang sangat murni. Jadi saya merasakan kita perlu sentiasa menyokong dan menonjolkan sokongan kita kepada warga Palestin, terutamanya sekarang," kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, semasa menghadiri Hari Wartawan Nasional 2024 (HAWANA), hari ini.

Saluran itu boleh ditonton di beberapa platform atas talian milik Astro dan RTM dan hanya ditayangkan selama 24 jam sahaja. Paparan QR ditayangkan bagi memudahkan penonton menyumbang kepada tabung berkaitan misi kemanusiaan Palestin.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog