Wn/ms/Sabah bubar Dewan Undangan Negeri, PRN dalam masa 60 hari

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Sabah bubar Dewan Undangan Negeri, PRN dalam masa 60 hari
Jump to navigation Jump to search

30 Julai 2020 (Khamis)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie bin Apdal mengumumkan bahawa Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin, telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri tersebut bagi membolehkan sebuah pilihan raya negeri untuk diadakan.

Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Dalam sidang medianya pada hari ini, Shafie berkata bahawa Tun Juhar menyatakan perkenannya dalam sebuah pertemuan pagi ini.

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya menerusi sebuah sidang media yang turut disertai sejumlah Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokongnya.

Pilihan Raya Negeri bakal diadakan dalam masa 60 hari untuk rakyat negeri Sabah memastikan siapa yang bakal terajui semula negeri tersebut, dan Shafie Apdal akan kekal sebagai Ketua Menteri Sabah sementara sehingga kerajaan baharu dipilih untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar.

Terdahulu, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri bagi negeri tersebut, dan akan berjumpa dengan Yang di-Pertua Negeri bagi tujuan membentuk satu kerajaan baharu.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg