Jump to content

Wn/ms/Rakyat Melaka berpeluang ke destinasi pelancongan secara percuma

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Rakyat Melaka berpeluang ke destinasi pelancongan secara percuma

5 Jun 2024 (Rabu)

MELAKA - Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali bin Rustam, kerajaan Melaka mengumumkan pemberian tiket percuma ke destinasi-destinasi pelancongan popular seperti Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari dan Muzium Melaka kepada rakyat Melaka dan pemastautin dalam negeri.

Bangunan Merah, Melaka (2023)
Imej: Sharon Hahn Darlin.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bermula 24 Ogos hingga 31 Disember, orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma ke beberapa tempat tarikan pelancong. "Tawaran itu diberikan kepada pemilik kad pengenalan 04 dan pemastautin sebagai tanda penghargaan dan rasa gembira atas pelantikan semula Tun Mohd Ali Rustam selain sempena ulang tahun kelahiran Tun."

Tambahnya lagi, kupon percuma ke destinasi pelancongan dalam bentuk kod QR itu akan diberi melalui aplikasi Telegram rasmi kerajaan Melaka selepas rakyat Melaka dan pemastautin di negeri itu mendaftar melalui pendaftaran khas. Selain itu, tawaran percuma ini hanya terhad kepada satu destinasi sahaja dan orang ramai boleh memilih sendiri destinasi dan tarikh kemasukan.

Perincian mengenai penebusan kupon percuma itu akan diperjelaskan dalam masa terdekat.

Terdahulu, kerajaan Melaka mengumumkan tarikh 24 Ogos sebagai cuti peristiwa di Melaka bersempena dengan ulang tahun kelahiran Tun Mohd Ali bin Rustam.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog