Jump to content

Wn/ms/Program martabatkan penggunaan Bahasa Vietnam dilancarkan di Perancis

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Program martabatkan penggunaan Bahasa Vietnam dilancarkan di Perancis

22 Julai 2024 (Isnin)

PARIS - Majlis pelancaran program yang menaikan martabat Bahasa Vietnam telah diadakan di Paris. Ia dihadiri oleh Timbalan Menteri Perhubungan Luar, Le Thi Thu Hang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri bagi Hal Ehwal Vietnam Luar Negara (COVA).

Duta Vietnam ke Perancis, Dinh Toan Thang berkata program itu diadakan bagi memberi penghormatan kepada persatuan dan individu di atas sumbangan mereka memelihara dan mempromosi bahasa itu di kalangan belia serta komuniti lain di Perancis. Pelbagai aktiviti telah dijalankan komuniti Vietnam di negara luar dengan tujuan memelihara penggunaan bahasa Vietnam selain memupuk nilai tradisional yang lain.

Perwakilan dari komuniti Vietnam di Perancis menyatakan harapan mereka untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada COVA dalam memelihara dan menyebarkan bahasa Vietnam di kalangan rakyat Vietnam di luar negara, terutamanya di Perancis. Guru bahasa Vietnam di Persatuan Penduduk Vietnam di Perancis, Angot Rabin berkata mereka berdepan cabaran untuk mengajar subjek bahasa itu kerana kurangnya bahan mengajar yang sesuai dan latihan dari kalangan guru.

Dalam pada itu, Hang menghadiri majlis perasmian "rak buku Vietnam" yang dihoskan bersama COVA dan Rumah Penerbitan Pendidikan. Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada projek kerajaan dalam memberi penghormatan kepada bahasa Vietnam dari kalangan warga Vietnam di luar negara untuk tempoh 2023-2030.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog