Jump to content

Wn/ms/Presiden Iran Ebrahim Raisi maut dalam nahas helikopter

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Presiden Iran Ebrahim Raisi maut dalam nahas helikopter

21 Mei 2024 (Selasa)

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian semalam. Menurut laporan media tempatan, nahas itu berlaku di kawasan hutan di wilayah Dizmar, antara bandar Varzaqan dan Jolfa di bahagian timur Azerbaijan.

Helikopter yang membawa Raisi semasa di wilayah Khudafarin pada hari kejadian.
Imej: Mina Noei.

Helikopter malang jenis Bell 212 itu membawa Raisi bersama delegasi kerajaan pulang ke Iran setelah mereka menghadiri upacara pembukaan sebuah empangan di Sungai Aras yang dihadiri Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev. Susulan berita rasmi mengenai kematian Presiden Raisi, kabinet telah mengadakan sesi tergempar yang diketuai Naib Presiden Mohammad Mokhber.

Pasukan penyelamat telah digerakkan bagi mencari tapak nahas di mana mereka berdepan dengan kesulitan akibat daripada kawasan yang berbukit dan berbatu, serta cuaca yang agak buruk ketika proses pencarian. 46 buah pasukan dan respon pantas dari Timur Azerbaijan, Tehran, Alborz, Ardabil, Zanjan dan Barat Azarbaijan telah dikerah bagi membantu dalam misi mencari dan menyelamat.

Ebrahim Raisi, 63 tahun, menjadi Presiden Iran selama tiga tahun. Beliau pernah bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2017, namun tidak berjaya mencabar agar pemilihan semula diadakan selepas Hassan Rouhani diumumkan sebagai presiden baharu. Selepas berehat seketika, Raisi dipilih sebagai ketua sistem penghakiman Iran yang baru.

Pada tahun 2021, Raisi dipilih sebagai Presiden Iran.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog