Jump to content

Wn/ms/Dr Masoud Pezeshkian, seorang reformis dipilih Presiden Iran ke-9

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Dr Masoud Pezeshkian, seorang reformis dipilih Presiden Iran ke-9

6 Julai 2024 (Sabtu)

Bekas Menteri Kesihatan Iran, Dr Masoud Pezeshkian dipilih sebagai Presiden Iran yang baru selepas memenangi sesi pilihanraya semula pemilihan Presiden Iran baru ekoran kematian penyandangnya, Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter Mei lalu.

Dr Masoud Pezeshkian (2024)
Imej: Ayoub Ghaderi.

Pezeshkian, seorang Reformis mengalahkan Saeed Jalili yang merupakan pendukung kuat Konservatif dengan 53.7 peratus undian memihak kepadanya. Sebanyak 30,530,157 jumlah undi diterima dalam pilihanraya semula yang telah diadakan pada Jumaat. Namun begitu, hanya 40 peratus jumlah rakyat direkodkan keluar mengundi untuk sesi kali ini.

Dalam ucapan pertamanya selepas dipilih sebagai presiden, Pezeshkian menyatakan penghargaannya kepada rakyat yang keluar mengundi dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara. "Kami menghulurkan salam persahabatan kepada semua; kita semua rakyat negara ini, kita semua seharusnya mempunyai tugas membangunkan negara," katanya menerusi ucapan yang disiarkan di televisyen tempatan.

Beberapa manifesto ditawarkan Pezeshkian semasa berkempen, dengan tumpuan utama diberikan terhadap aspek pemulihan ekonomi Iran yang terjejas akibat perintah sekatan ekonomi yang dikenakan oleh beberapa negara Barat, selain melihat kepada isu sosial seperti kesaksamaan dan diskriminasi jantina, di bawah slogan "Untuk Iran" yang dilancarkannya semasa berkempen sebelum itu.

"Jalan yang sukar di hadapan kita tidak akan ditempuh dengan lancar, tanpa persahabatan, empati dan kepercayaan dari anda semua," menurut hantaran Pezeshkian di laman X.

Pemilihan Pezeshkian sebagai Presiden Iran ke-9 hanya boleh disahkan menerusi satu majlis yang akan diadakan bersama pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Setelah itu, upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Parlimen. Sebelum itu, Pezeshkian perlu meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Tabriz yang disandangnya sejak sekian lama.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog