Jump to content

Wn/ms/Pesawat SIA dari London mengalami gangguan gelora udara, seorang maut

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pesawat SIA dari London mengalami gangguan gelora udara, seorang maut

22 Mei 2024 (Rabu)

Bangkok - Seorang maut manakala 71 lagi cedera apabila penerbangan Singapore Airline (SIA) yang dalam perjalanan dari London ke Singapura mengalami gelora udara (turbulence). Pesawat itu terpaksa dilencongkan ke Bangkok dan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Pesawat SIA Boeing 777-300ER.
Imej: Jonathan Palombo.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, SIA berkata pesawat Boeing 777-300ER itu mengalami "gelora udara kuat secara tiba-tiba" dekat Lembangan Irrawaddy selepas 10 jam ia berlepas dari London."

Pesawat malang itu dilaporkan mengalami keadaan di mana berlakunya perbezaan tekanan udara yang ketara, ditambah pula dengan gelora udara yang kuat. Menurut hantaran di blog FlightRadar24, pesawat SQ321 itu berada di kawasan ribut petir pada jam 2:19 petang waktu tempatan, apabila insiden gelora udara itu berlaku.

Penumpang yang tidak memakai tali pinggang dilaporkan tercampak, dan ada yang terhantuk di bahagian ruangan bagasi di atas tempat duduk penumpang.

Boeing berkata pihak mereka telah menghubungi SIA mengenai insiden itu dan bersedia untuk memberikan bantuan.

Insiden yang melibatkan gelora udara merupakan kemalangan udara yang kerap berlaku kepada penerbangan komersil, menurut Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog