Jump to content

Wn/ms/Perkhidmatan penstriman kandungan sukan Venu Sports diumumkan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Perkhidmatan penstriman kandungan sukan Venu Sports diumumkan

20 Mei 2024 (Isnin)

Jalinan kerjasama di antara Disney/ESPN, Fox Corp. dan Warner Bros. Discovery yang mengumpulkan kesemua perkhidmatan penstriman kandungan berkaitan sukan kini memiliki nama baru - Venu Sports.

Gambar hiasan.
Imej: Javid Nikpour.

Ini merupakan hasil daripada jalinan kerjasama yang dimeterai oleh Disney/ESPN, Fox Corp. dan Warner Bros. Discovery pada bulan Februari lalu yang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan penstriman kandungan sukan baru yang membuat liputan terhadap kesemua jenis sukan.

"Kami rasa teruja untuk memperkenalkan Venu Sports secara rasmi, sebuah jenama baharu yang menawarkan pengalaman menonton acara sukan kegemaran mereka dalam satu tempat," kata Pete Distad, Ketua Pengarah Eksekutif Venu Sports melalui kenyataan. "Sementara pembangunan platform kami masih lagi berjalan, kami akan fokus dalam menyampaikan kandungan yang terbaik sekali untuk penonton, dibangunkan dari bawah menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan hiburan dan penyertaan pengguna yang mahukan akses setempat untuk kesemua program kegemaran mereka."

Perkhidmatan penstriman Venu Sports ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024, namun tertakluk kepada kelulusan dari Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC). Venu Sport bakal menawarkan kandungan sukan dari NFL, NBA, WNBA, MLB, NHL, NASCAR, Sukan Kolej, UFC, Golf PGA TOUR, Tenis Gram Slam, Piala Dunia FIFA, berbasikal dan banyak lagi.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog