Jump to content

Wn/ms/Penggunaan sel stem bantu pulihkan pesakit diabetes di China

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Penggunaan sel stem bantu pulihkan pesakit diabetes di China

28 Mei 2024 (Selasa)

Sepasukan saintis dan pakar klinik di China dilaporkan berjaya menyembuhkan seorang pesakit diabetes dengan menggunakan inovasi terapi sel, yang pertama seumpamanya di dunia.

Gambar hiasan.

Pesakit lelaki yang berumur 59 tahun menghidap penyakit diabetes pada tahap 2 selama 25 tahun, dan mengalami beberapa komplikasi akibat penyakitnya itu. Walaupun menerima pemindahan buah pinggang pada tahun 2017, pesakit itu sudah kehilangan kebanyakkan fungsi dari pankreas kecil yang penting bagi mengawal tahap glukosa dalam darah. Dia hanya bergantung kepada suntikan insulin untuk beberapa kali dalam sehari.

Rawatan sulung itu, diketuai oleh Yin Hao dan dibangunkan oleh pasukan dari Hospital Changzheng Shanghai, Pusat Kecemerlangan dalam Sains Sel Molekular di bawah Akademi Sains China dan Hospital Renji telah diterbitkan dalam jurnal Cell Discovery pada 30 April.

Hao berkata fungsi pangkreas kecil pesakit itu telah pulih, hasil daripada pendekatan inovatif. Pasukan itu menggunakan sel darah mononuklear periferal daripada pesakit itu sendiri, di mana ia telah diprogramkan semula menjadi "sel benih" dan digunakan untuk membina semula tisu pankreas kecil dalam persekitaran terkawal.

Menurut laporan media, pesakit itu menjalani pembedahan pemindahan sel pada Julai 2021. Selepas 11 minggu, dia tidak lagi bergantung kepada suntikan insulin luaran dan selepas setahun pula dia mengurangkan dos dan kemudian menghentikan pengambilan ubat yang mengawal tahap gula dalam darahnya.

Pendekatan inovatif itu memanfaatkan keupayaan membina semula yang terdapat dalam badan manusia, menerusi rawatan pembinaan semula yang merupakan salah satu daripada bidang yang mula diperkatakan umum. "Teknologi kami sudah matang dan ianya mampu melonjak naik dalam rawatan pembinaan semula bagi penyakit diabetes," kata Hao.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog