Wn/ms/Penerbit Call of Duty, Activision, Meta disaman keluarga insiden tembakan di Texas
25 Mei 2024 (Sabtu)
Penerbit siri permainan video Call of Duty, Activision dan syarikat induk Facebook, Meta bakal disaman menerusi dua tuntutan mahkamah yang difailkan beberapa keluarga mangsa insiden serangan bersenjata di Sekolah Rendah Robb yang berlaku pada tahun 2022. Selain itu, tuntutan juga difailkan terhadap pengeluar senjata, Daniel Defense yang mengeluarkan senjata yang digunakan dalam serangan itu.
Menerusi dua tuntutan baru itu, mereka mendakwa syarikat-syarikat itu membantu dalam mempromosikan penggunaan senjata berbahaya kepada generasi muda yang terdedah secara sosial, termasuklah kepada penyerang, Salvador Ramos yang berusia 18 tahun pada ketika itu. Selain itu, syarikat-syarikat yang bakal didakwa melakukan pengantunan terhadap Ramos yang menggalakkan dia menjadi seorang penyerang nekad.
Satu lagi tuntutan dibuat di Texas pula menyasarkan pembuat senjata api, Daniel Defense yang mengeluarkan senapang gaya AR-15 yang digunakan sewaktu insiden itu. Difahamkan Ramos bermain permainan video Call of Duty sejak dia berumur 15 tahun dan kerap menggunakan senjata yang digunakan dalam serangan itu. Dia membeli senapang itu 23 minit selepas hari jadinya yang ke-18.
"Terdapat perkaitan terus di antara perlakuan syarikat-syarikat ini dengan insiden tembakan di Uvalde," menurut kenyataan tuntutan itu. "Ketiga-tiga badan ini memiliki pengetahuan dalam mendedahkan penyerang kepada senjata itu dan memaksanya melihat sebagai alat kepada penyelesaian masalah serta melatihnya cara menggunakan alat itu."
Semalam merupakan ulang tahun kedua insiden serangan bersenjata di sekolah Uvalde itu, yang mengorbankan seramai 19 kanak-kanak dan dua orang guru. Polis mengambil masa lebih sejam untuk menghentikan serangan itu, setelah penyerang membuat kepungan di dalam kelas.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Brandon Drenon. "Uvalde families sue Meta, video game creator and gunmaker" — BBC, 25 Mei 2024
- (Inggeris) Alex Stedman. "Call of Duty Publisher Activision and Meta Sued by Families of Uvalde Shooting Victims" — IGN, 25 Mei 2024