Jump to content

Wn/ms/Bahasa Vietnam diiktiraf sebagai bahasa rasmi di San Francisco

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bahasa Vietnam diiktiraf sebagai bahasa rasmi di San Francisco

14 Jun 2024 (Jumaat)

Lembaga Penyelia San Francisco telah mengundi sebulat suara mengisytiharkan bahasa Vietnam sebagai bahasa rasmi yang memerlukan perkhidmatan terjemahan oleh pihak berkuasa. Ia dikuatkuasakan di bawah Ordinan Capaian Bahasa.

Pemandangan San Francisco (2022)
Imej: Noah Friedlander.

Ordinan itu, digubal pada 2001, sebelum itu memerlukan pihak berkuasa tempatan menyediakan perkhidmatan penterjemahan dalam mana-mana bahasa yang dipertuturkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di bandar itu yang kurang fasih dengan bahasa Inggeris.

Baru-baru ini, ordinan itu dipinda yang mengurangkan jumlah penduduk kepada 6,000 penutur bahasa selain Inggeris, sekaligus membolehkan kemasukan bahasa Vietnam dalam senarai penterjemahan. Sebelum pindaan, senarai bahasa yang diterjemah termasuklah bahasa Cina, Sepanyol dan Filipina.

Menurut Penyelia Daerah 10, Shamann Walton, pengembangan capaian pelbagai bahasa itu perlu dilakukan bagi memastikan komuniti imigran boleh mengambil bahagian dalam penyampaian maklumat kerajaan. "San Francisco merupakan bandar yang didiami pelbagai komuniti imigran dan peneraju nasional dalam menyediakan perkhidmatan capaian bahasa menerusi undang-undang akses bahasa tempatan antara yang paling kukuh dan paling komprehensif."

Menurut rekod penuturan bahasa di sana, terdapat seramai 6,791 penduduk San Francisco dikenal pasti menggunakan bahasa Vietnam sebagai bahasa pertuturan utama. Dengan penambahan itu, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan perkhidmatan telefon, teks laman web, notis bertulis dan perkhidmatan rasmi lain dalam bahasa Vietnam.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog