Wn/ms/Pemuda ini mencuba lebih 700 resepi sandwich dari zaman dahulu
23 Mei 2024 (Khamis)
Rasa muak dengan menu sandwich yang sama setiap hari? Ingin cuba resepi sandwich baru, tapi tak pasti akan kesedapannya? Pemuda dari San Jose ini mungkin dapat membantu. Dia ialah Barry Enderwick, seorang pemilik akaun Instagram dengan nama Sandwiches of History.
Akaun Instagram yang memiliki lebih dari 300,000 pengikut itu mengumpulkan resepi-resepi sandwich yang Enderwick jumpa atau dihantar oleh pengikutnya yang disifatkan sebagai bersejarah kerana menu-menu itu digunakan seawal 20 tahun yang lalu atau lebih lama. Pada mulanya dia hanya menerbitkan kandungan berkaitan resepi sandwich lama secara suka-suka, namun kini menjadi menu makanan harian sebagai tontonan kepada pengikut-pengikut akaunnya.
"Saya suka pelbagai aspek makanan, dari sejarahnya, masakan dan rasa," kata Enderwick yang bekerja di bahagian pemasaran. "Sangat terpesona untuk mencuba resepi dari masa lalu di mana bahan-bahannya sangat susah untuk didapati kini."
Dalam masa dua tahun, Enderwick berjaya mengumpulkan lebih 700 jenis resepi sandwich dalam usaha untuk melihat sama ada deria rasa masa kini mampu mengolah rasa resepi yang digunakan pada zaman dahulu. Antara resepi yang dicubanya ialah sandwich pada tahun 1777, dengan hanya menggunakan daging lembu, mentega dan roti sahaja. Atau resepi Bicycle Sandwich pada tahun 1901, yang menggunakan bahan seperti telur rebus, kentang, mayonis, salad dan roti.
Idea kepada aktiviti ini bermula apabila rakan Enderwick menghantar buku elektronik yang mula sekali diterbitkan pada tahun 1909 berjudul The Up-to-Date Sandwich Book: 400 Ways to Make a Sandwich. Dari situ, Enderwick merancang untuk memulakan projek media sosial berkaitan resepi-resepi lama. Dia juga telah membaca buku resepi lama yang lain, termasuklah 500 Tasty Sandwiches yang diterbitkan pada tahun 1941. Kadang-kala, dia juga akan mencuba resepi keluarga yang dihantar oleh pengikut-pengikutnya di media sosial.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Emine Saner. " From compressed yeast to cream cheese and cornflakes: one man’s search for the world’s greatest sandwich " — The Guardian, 1 November 2023
- (Inggeris) Cathy Free. " Would you eat this weird sandwich? Barry Enderwick would. " — Washington Post, 19 Mei 2024
- (Inggeris) Abby Hughes. " It started with a sandwich cookbook from 1909. Now, Barry Enderwick is TikTok's favourite sandwich historian " — CBC, 8 November 2023
- (Inggeris) Ailbhe Macmahon. " A labour of loaf! Meet the YouTuber putting weird and wonderful sandwich recipes from history to the test, with ingredients that include baked beans, oysters and RAW MEAT " — Dailymail, 30 September 2023