Jump to content

Wn/ms/Pembantu Indonesia diselamatkan polis selepas dikurung di balkoni

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pembantu Indonesia diselamatkan polis selepas dikurung di balkoni

10 Jun 2024 (Isnin)

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah warga Indonesia diselamatkan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman semalam, dipercayai akibat dikurung di balkoni oleh majikannya. Menurut Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong, mangsa ialah seorang wanita berumur 21 tahun baru sahaja bekerja dengan majikannya sejak seminggu yang lalu dan hanya diberi makan dan minum sebanyak tiga kali sehari. "Mangsa diberi tugas mengemas hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi, kemudian dikurung semula di balkoni," katanya.

Selain itu, mangsa juga mendakwa tidak tahu berapa kadar bayaran gajinya dan belum menerima gajinya sejak bekerja seminggu yang lalu. Situasi yang dilalui mangsa itu hanya disedari setelah dia meninggalkan nota meminta pertolongan yang dicampakkan di luar kondominium sebelum dijumpai orang awam yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Seorang wanita berumur 69 tahun dipercayai majikan kepada mangsa itu telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 12, Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog