Jump to content

Wn/ms/Pelukis Perancis, Ben Vautier meninggal dunia beberapa jam selepas kematian isteri

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pelukis Perancis, Ben Vautier meninggal dunia beberapa jam selepas kematian isteri

6 Jun 2024 (Khamis)

Pelukis seni Perancis, Ben Vautier atau lebih dikenali sebagai Ben meninggal dunia dipercayai membunuh diri di kediamannya di Nice pada usia 88 tahun. Terdahulu, isteri mendiang Annie meninggal dunia akibat diserang strok pada usia 85 tahun, demikian menurut kenyataan dari keluarga mendiang pada Rabu.

Ben Vautier (2013)
Imej: Eva Vautier.

“Tak sanggup dan tak dapat hidup tanpa dia (Annie), Ben membunuh diri selepas beberapa jam di rumah mereka”, katanya.

Claire Ribero, Pengarah Pejabat Pendakwa Raya Umum Nice berkata mayat Vautier dijumpai di rumahnya dengan terdapat kesan "luka tembakan" pada kepalanya dan hipotesis awal mengatakan dia membunuh diri, berikutan kematian isteri mendiang sebelum itu. Tambahnya lagi, kertas siasatan sudah dibuka dan pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

Ben Vautier dilahirkan pada 18 Julai 1935 di Naples dan hidup bersama ibunya selepas ibu bapanya bercerai. Pada umur 14 tahun, dia berpindah ke Nice dan menghabiskan hayatnya di sana.

Dia terlibat dengan gerakan Fluxus iaitu satu gerakan seni bebas yang menggunakan apa sahaja dan tidak tertakluk kepada satu disiplin seni. Karya seni Ben banyak dihasilkan menerusi lukisan berasaskan teks.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog