Jump to content

Wn/ms/Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad meninggal dunia

8 Jun 2024 (Sabtu)

Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad meninggal dunia pukul 7:12 malam tadi pada usia 81 tahun, akibat kanser darah Multiple myeloma. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia bermula 1982 sehingga 1995.

Berita kematian arwah itu dikongsi oleh anaknya, Aisya Natasya Musa menerusi hantaran di Facebook. "Ayah kami Allahyarham Tan Sri Dato Seri Haji Musa bin Mohamad baru sahaja meninggal dunia pada pukul 7:12 malam tadi. Al-Fatihah."

Allahyarham Tan Sri Musa ialah mantan Menteri Pendidikan Malaysia, mula berkhidmat pada tahun 1999 dan meletak jawatan pada tahun 2004. Beliau merupakan Menteri Pendidikan pertama yang dilantik dari kalangan profesional, di bawah kabinet yang baru dirombak Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad ketika itu.

Menurut Aisya, jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara pada Ahad.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog