Jump to content

Wn/ms/Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima antara 10 yang maut dalam nahas pesawat

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima antara 10 yang maut dalam nahas pesawat

12 Jun 2024 (Rabu)

Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima terbunuh dalam nahas pesawat ketenteraan pada Isnin selepas misi pencarian menemukan serpihan pesawat yang terhempas dalam hutan yang diliputi kabus tebal, demikian menurut pengumuman yang dibuat Presiden Malawi, Lazarus Chakwera.

Saulos Chilima (2022)
Imej: USAID U.S. Agency for International Development.

"Saya amat sedih, saya minta maaf untuk memberitahu seluruh rakyat bahawa ini merupakan tragedi yang dasyat," kata Presiden Malawi, Lazarus Chakwera semasa membuat pengumuman menerusi saluran televisyen tempatan. "Pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai pesawat itu....musnah sepenuhnya dengan tiada mangsa terselamat, oleh kerana kesemua penumpang terbunuh ketika terhempas."

Tujuh penumpang, termasuklah bekas wanita pertama, Shanil Dzimbiri dan tiga krew ketenteraan turut berada dalam penerbangan malang itu. Mereka sebelum itu dalam perjalanan ke Mzuzu bagi menghadiri pengebumian seorang bekas menteri. Pesawat itu berlepas pada Isnin pukul 9:00 pagi waktu tempatan dari Lilongwe dan sepatutnya sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mzuzu 45 minit kemudian.

Namun begitu, cuaca buruk di Mzuzu menyebabkan petugas kawalan trafik udara mengarahkan pesawat itu berpatah balik ke Lilongwe. Selepas itu, mereka terputus hubungan dengan pesawat itu menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan bagi mencari lokasi terakhir pesawat itu.

Saulos Chilima, mula dipilih sebagai Naib Presiden Malawi pada 2014, merupakan seorang figura yang popular dari kalangan orang muda di sana. "Chilima ialah seorang lelaki yang baik, seorang bapa dan suami yang setia, seorang rakyat yang patriotik yang berkhidmat untuk negaranya dengan cemerlang dan seorang naib presiden yang hebat," tambah Chakwera.

"Saya menganggapnya sebagai satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk memiliki beliau sebagai timbalan dan kaunselor saya selama empat tahun yang lalu".


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog