Jump to content

Wn/ms/Malawi terima kelengkapan rantaian sejuk, tingkatkan kapasiti simpanan vaksin

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Malawi terima kelengkapan rantaian sejuk, tingkatkan kapasiti simpanan vaksin

9 Jun 2024 (Ahad)

Kementerian Kesihatan Malawi pada Jumaat menerima sumbangan berbentuk kelengkapan rangkaian sejuk daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika dengan kerjasama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Antara kelengkapan yang diterima termasuklah 722 storan pembawa vaksin, enam peti sejuk, 10 peti sejuk untuk simpanan vaksin, 12 kotak sejuk, tujuh peti sejuk menggunakan tenaga solar serta pelbagai alat ganti.

Malawi pernah menerima vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat sebelum itu.
Imej: U.S. Department of State.

Timbalan Menteri Kesihatan Halima Daudi berkata kelengkapan itu akan meningkatkan lagi keupayaan Kementerian dalam aspek storan vaksin dan pengagihan vaksin ke seluruh pelusuk Malawi, menjangkau ke kawasan pedalaman dan sukar untuk diberikan bantuan.

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, imunisasi merupakan strategi utama di peringkat Kementerian Kesihatan dalam usaha mencegah penyakit berjangkit terutamanya penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin di dalam negara," katanya selepas menerima sumbangan berkenaan. "Oleh itu, sumbangan yang kami terima hari ini adalah tepat pada masanya kerana ia akan memudahkan pelaksanaan perkhidmatan imunisasi di negara ini dengan menjamin rantaian sejuk beku bagi stok vaksin kami."

Pengarah Wilayah CDC Afrika, Dr. Lul Riek berkata kelengkapan itu akan menjadi sokongan kepada program imunisasi di Malawi yang diperluaskan itu dengan mempertingkatkan kapasiti storan kesemua vaksin sedia ada serta vaksin baru yang diperkenalkan oleh kerana pencegahan penyakit berjangkit dari kalangan kanak-kanak Malawi dan komuniti adalah lebih baik dengan menggunakan vaksin.

"Penyerahan ini menandakan fasa pertama komitmen kami terhadap Malawi. Dalam fasa kedua yang telah dirancang, ia akan memfokuskan kepada melengkapkan pemvaksinan kepada pekerja kesihatan dan kumpulan yang berisiko bagi membina komuniti kesihatan yang teguh," katanya.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog