Jump to content

Wn/ms/Malawi merekodkan sehingga 15,000 kes jangkitan HIV pada 2023

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Malawi merekodkan sehingga 15,000 kes jangkitan HIV pada 2023

1 Jun 2024 (Sabtu)

Malawi merekodkan sehingga 15,000 kes baru berkaitan jangkitan HIV pada 2023, dengan daerah Mzimba sahaja merekodkan lebih daripada 320 kes jangkitan HIV baru, demikian menurut statistik terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pemantauan AIDS Nasional (NAC) yang didedahkan pegawainya, Tracy Msiska.

Sebuah perkampungan di Malawi.
Imej: Dr. Ondřej Havelka (cestovatel).

Menurut Msiska, kes jangkitan HIV itu kebanyakkannya dikesan dari kalangan remaja. "Pemerhatian kami juga mendapati walaupun terdapat pelbagai usaha dari pihak berkaitan dalam mengedarkan kondom, namun kebanyakkan remaja tidak menggunakannya yang menjadi punca peningkatan kadar jangkitan HIV di Mzimba."

Gift Simkonda, Pegawai Daerah M'mbelwa merangkap Pengarah HIV/AIDS dan pegawai nutrisi berkata dia merayu organisasi-organisasi dalam mempergiatkan lagi projek-projek kesihatan berdasarkan data terbaru yang diterbitkan NAC itu. "Kita perlu melipat gandakan usaha dalam memastikan tidak ramai orang mempunyai kontak dengan virus yang menyebabkan AIDS. Teruskan dengan (menyebarkan) mesej mengenai pencegahan," katanya lagi.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog