Jump to content

Wn/ms/Bekas pemain kebangsaan Singapura, Hasli Ibrahim meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bekas pemain kebangsaan Singapura, Hasli Ibrahim meninggal dunia

8 Jun 2024 (Sabtu)

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Singapura, Haslir Ibrahim atau dikenali dengan nama Hasli Ibrahim meninggal dunia pagi semalam pada usia 73 tahun setelah menderita akibat radang paru-paru yang dihidapi selama dua tahun.

Berita kematian arwah itu dikongsi oleh anaknya, Lindar Haslir menerusi catatan di Facebook. "Dengan dukacita Abah kami Haslir Bin Ibrahim telah pulang ke Rahmatullah pagi Jumaat. Mohon maafkannya dan halalkan makan minumnya. Dengan tidak keberatan please (sila) sedekahkan Alfatihah untuk Abah kami."

Allahyarham Hasli dikenali sebagai pemain pertahanan Singapura yang kental menjaga bahagian pertahanan sekitar tahun 1970-an. Beliau pernah mewakili pasukan kebangsaan Singapura dalam kejohanan Piala Malaysia di mana beliau menjulang piala itu pada tahun 1977 dan 1980. Selain itu beliau juga pernah mewakili pasukan Melayu Singapura.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu kenyataan juga berkongsi rasa sedih dengan pemergian Hasli, yang disifatkan sebagai seorang individu yang banyak memberikan sumbangan kepakarannya dari dalam dan luar padang. "Komitmen tidak berbelah bahagi yang ditonjolkan beliau dalam permainan yang diminatinya terserlah menerusi semangat kesukanan dan dedikasinya."

Jenazah telah disolatkan di Masjid Al Istighfar di Pasir Ris dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang. Beliau meninggalkan seorang isteri, enam orang anak dan 16 orang cucu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog