Jump to content

Wn/ms/Pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka dipersoalkan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka dipersoalkan

1 Jun 2024 (Sabtu)

Pada Isnin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan artis antarabangsa dari China, Fan Bingbing dilantik sebagai Duta Pelancongan Negeri Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024). Walaupun pengumuman itu disambut dengan reaksi positif, terdapat segelintir yang mempersoalkan kewajaran pemilihan artis itu sebagai duta.

Fan Bingbing (2023).
Imej: Elena Ternovaja.

Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang membuat satu hantaran di X berkongsi rasa kelirunya dengan pengumuman itu, menganggap alasan disebalik pelantikan itu disifatkan sebagai pelik. "Alasan di sebalik pelantikannya sebagai duta dalam usaha menarik ramai pelancong dari China adalah pelik kerana dia diharamkan oleh China atas skandal pengelakkan cukai utama pada tahun 2018," kata Ceddy.

"Secara asasnya, dia melaporkan pendapatan yang rendah dan mengelak dari membayar sejumlah cukai yang besar dan kemudian "kantoi" (ditangkap) oleh kerajaan," tambahnya lagi. Menurut Ceddy, selepas kejadian itu, Bingbing dikatakan menghilangkan diri dari umum untuk beberapa bulan semasa disoal siasat oleh pihak berkuasa China dan didenda lebih kurang $120 juta. Ceddy juga mendakwa Bingbing telah disenaraihitamkan di China sebelum menjadi popular di Malaysia.

Hantaran di X itu menerima pelbagai komen, ada yang mencadangkan kerajaan Melaka menggunakan khidmat artis tempatan seperti pengarah tempatan Michael Ang, Dr. Soo Wincci atau Shila Amzah. Ada juga yang mencadangkan nama Ceddy sebagai duta pelancongan atas pendedahan yang dibuatnya itu. Segelintir juga mempersoalkan kerajaan Melaka yang tidak melakukan semakan latar belakang terlebih dahulu.

Terdahulu, Ab Rauf mengadakan pertemuan bersama pengurus Fan Bingbing, Jersey Chong di pejabatnya bagi membincangkan perihal perincian lawatan Bingbing ke Melaka yang dijadualkan pada 14 hingga 16 Jun 2024 dalam usaha menarik lebih ramai pelancong terutamanya dari China dan Asia ke Melaka.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog