Wn/ms/Pelakon saman penerbit filem hina Islam

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Pelakon saman penerbit filem hina Islam
Jump to navigation Jump to search

20 September 2012 (Khamis)

Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat

LOS ANGELES 20 Sept. − Pelakon wanita dalam filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang mencetuskan bantahan di seluruh negara Islam telah mengemukakan saman kepada penerbit filem terbabit atas dakwaan pencerobohan privasi, penipuan dan fitnah. Beliau memfailkan dakwaan tersebut di mahkamah Los Angeles.

Dalam dakwaan tersebut, Garcia memberitahu bahawa penghasilan filem pada asalnya berkisar tentang Mesir purba dan menuduh penerbut filem terbabit telah menipunya.

Cindy Lee Garcia merupakan antara tiga pelakon wanita dalam filem itu yang tampil ke hadapan dengan tuduhan yang sama sejak tercetusnya keganasan di negara-negara Islam pada minggu lalu yang menyebabkan .

Garcia kini dibelenggu dengan ancaman bunuh dan hidup dalam ketakutan serta khuatir dengan keselamatan individu yang berada dekat dengannya
— Menurut kenyataan saman

Saman tersebut telah dikemukan kepada Nakoula Basseley Nakoula, lelaki berusia 55 tahun dari Mesir yang kini menetap di California, Amerika Syarikat serta mengaku bahawa menghasilkan filem tersebut. Garcia juga menyaman laman perkongsian video YouTube dan pemilik Google atas tuduhan menayangkan video kontroversi itu.

Menurut media Amerika Syarikat (AS), sebelum berjaya dikesan oleh pihak berkuasa, Nakoula menulis dan menerbitkan filem itu menggunakan nama samaran Sam Bacile. Pada Jumaat yang lalu, beliau telah disoal siasat semalaman oleh pihak polis sebelum bersembunyi bersama keluaranya.

Berita berkaitan[edit]


Sumber[edit]


Kongsikan berita ini Kongsi di Facebook Kongsi di Twitter Kongsi di Google+ Kongsi di Digg.com Kongsi di delicious Kongsi di Reddit.com Kongsi di Stumbleupon.com LinkedIn.com Kongsi di friendfeed Kongsi di identi.ca Kongsi di Tumblr Kongsi di MySpace Kongsi di Newsvine Kongsi di me2day