Jump to content

Wn/ms/Pasport Indonesia dengan rekaan baharu mula digunakan tahun 2025

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pasport Indonesia dengan rekaan baharu mula digunakan tahun 2025

2 Julai 2024 (Selasa)

Kerajaan Indonesia akan melancarkan rekaan pasport terbaru dengan ciri keselamatan yang ditambah baik semasa Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke-79 pada Ogos ini. Ia bertujuan untuk memenuhi peraturan antarabangsa yang menetapkan ciri keselamatan pasport perlu ditambah baik setiap tiga tahun.

Rekaan pasport Indonesia terkini mula diperkenalkan pada 2014.
Imej: Amadhannn.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Silmy Karim, pihaknya masih lagi sedang memuktamadkan rekaan akhir pasport. Ujarnya, rekaan pasport terbaharu itu hanya akan mula diterbitkan dan digunakan oleh rakyat Indonesia pada 2025, semasa Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke-80.

"Kita sedang persiapkan untuk 17 Ogos 2025, dan rekaan pasport baru itu akan diperkenalkan pada 17 Ogos 2024," kata Silmy.

Tambahnya lagi, rekaan dan penggunaan warna pasport baharu bertujuan untuk memberi inspirasi terhadap kemajuan dan peningkatan yang dicapai negara pada masa kini. Manakala antara ciri keselamatan yang ditambah baik seperti penggunaan hologram tambahan dan penggunaan cahaya UV untuk memaparkan maklumat tambahan.

Untuk rekod, pasport Indonesia yang sedang digunakan menggunakan warna biru terang atau firus untuk jenis biasa, warna biru untuk pegawai rasmi dan warna hitam untuk pegawai diplomatik. Kesemua pasport memaparkan jata Indonesia "Garuda Pancasila" yang berwarna emas di kulit hadapan.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog