Jump to content

Wn/ms/Nor Zamri Latiff, ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Nor Zamri Latiff, ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

24 Mei 2024 (Jumaat)

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) hari ini. Berita itu disahkan oleh Setiausaha PAS Negeri, Izuree Ibrahim, juga dikongsi ADUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi hantaran di Facebook

“Belasungkawa buat sahabat seperjuangan. Adun Sungai Bakap Pulau Pinang, YB Nor Zamri Latiff baharu sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 petang di ICU Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. Jenazah Allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan jam 6:00 petang hari ini di Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal," kata Yusni di Facebook.

Pada awal Mei, Allahyarham, 56 tahun, dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) akibat komplikasi di bahagian perut sebelum dipindahkan ke HSJ. Beliau kemudian ditidurkan selepas pihak hospital mendapat kebenaran dari keluarganya.

Allahyarham Nor Zamri merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, mesra dipanggil Abang Zam dari kalangan kenalannya memenangi kerusi DUN Sungai Bakap dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, menewaskan calon dari Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau meraih sebanyak 15,433 undi.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog