Jump to content

Wn/ms/McDonald’s tamatkan perkhidmatan pandu lalu guna kecerdasan buatan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > McDonald’s tamatkan perkhidmatan pandu lalu guna kecerdasan buatan

19 Jun 2024 (Rabu)

McDonald’s dilaporkan merancang untuk menamatkan eksperimen perkhidmatan pandu lalu automatik yang menggunakan kecerdasan buatan. Ia selepas tularnya video di media sosial yang menunjukkan pesanan yang diambil di kaunter pandu lalu tidak sama dengan apa yang dipesan pelanggan.

McDonald's Universiti Hamburger (2018)
Imej: Dirk Tussing.

Eksperimen itu mula dijalankan sejak 2021 dengan kerjasama IBM bermatlamat untuk menentukan keberkesanan penggunaan pengecaman suara pesanan automatik (AOT) bagi meningkatkan lagi kecepatan perkhidmatan serta memudahkan operasi. Lebih 100 cawangan restoran terpilih dalam menjalankan eksperimen.

"Walaupun terdapat kejayaan setakat ini, kami merasakan adanya peluang untuk meneroka penyelesaian pesanan menggunakan pengecaman suara dengan lebih meluas," kata Mason Smoot, Ketua Pegawai Restoran McDonald’s Amerika Syarikat menerusi kenyataan akhbar. "Selepas penilaian terperinci, McDonald’s telah memutuskan untuk menamatkan kerjasama kami dengan IBM pada AOT dan teknologi ini akan ditutup di kesemua restoran yang mengambil bahagian sebelum 26 Julai 2024."

Namun begitu, McDonald’s masih mengekalkan IBM sebagai rakan kongsi dan banyak menggunakan penyelesaian atau produk daripada IBM di kesemua rangkaian restoran di seluruh dunia. Mereka juga merancang menggunakan kembali teknologi kecerdasan buatan di masa akan datang pada kaunter pandu lalu.

Pada Februari, seorang pengguna dengan nama “Ren” menerbitkan video di media sosial TikTok menunjukkan bagaimana pesanannya ditambah McDonald’s AI selepas kaunter pandu lalu itu mengesan suara oleh seorang lagi pengguna yang membuat pesanan di kaunter sebelah. Pada Januari, seorang pengguna berang apabila McDonald’s AI tiba-tiba menambah 20 lagi pesanan McNuggets berjumlah $222 (RM1,045).


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog