Wn/ms/Mayat wanita dalam keadaan sempurna ditemukan dalam perut ular sawa
9 Jun 2024 (Ahad)
MAKASSAR - Misi pencarian seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah berakhir dengan penemuan mengerikan apabila mayat wanita itu dijumpai di dalam perut seekor ular sawa.
Farida, 50 tahun dan ibu kepada empat anak itu dilaporkan hilang selepas suaminya, Noni bimbang isterinya masih tidak pulang ke rumah pada Khamis malam. Dia kemudian memaklumkan penduduk kampung untuk melakukan misi pencarian.
Semasa misi mencari, suaminya menemukan barang-barang yang dipercayai milik isterinya, menyebabkan pasukan mencari menumpukan di kawasan semak sekitar. Penduduk kampung kemudian menemui seekor ular sawa dengan perut yang sangat besar sepanjang kira-kira enam meter dalam keadaan tidak mampu untuk bergerak.
Menurut ketua kampung Suardi Rosi, penduduk kampung bersetuju untuk membelah perut ular sawa itu dan menemukan mayat Farida di dalam perut ular yang masih lagi lengkap berpakaian. Suaminya kemudian membawa keluar mayat isterinya itu dan dikebumikan di kawasan Pitu Riawa dalam wilayah Sulawesi Selatan.
Sedih dengan pemergian isterinya itu, Noni berkata, "Saya berasa kesal kerana membiarkan isteri pergi bersendirian. Kalau saya bersama dia pada ketika itu, tentu ular itu tidak berani menyentuhnya."
Untuk rekod, populasi ular sawa di Indonesia banyak tertumpu di kawasan semak dan hutan yang masih belum disentuh bagi tujuan pembangunan. Mereka menjadi haiwan lain sebagai makanan, dan kadang-kala manusia juga menjadi mangsa. Kebiasaanya, ular sawa mengambil tempoh sehingga seminggu untuk menghadam makanan yang bersaiz besar.
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) Victoria Bela. "Mayat Farida dalam perut ular sawa" — Harian Metro, 9 Jun 2024
- (Inggeris) Cameron Roy. " Horrifying moment missing woman is found eaten alive by giant python " — Daily Mail, 8 Jun 2024
- (Inggeris) " Python swallows woman whole in Indonesia " — The Straits Times, 8 Jun 2024
- (Inggeris) "Missing mother found dead inside 16-foot-long python after it swallowed her whole in Indonesia" — CBS News, 8 Jun 2024