Wn/ms/Malaysia merekodkan 9 kes baharu hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Malaysia merekodkan 9 kes baharu hari ini
Jump to navigation Jump to search

23 Julai 2020 (Khamis)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberitahu bahawa terdapat 9 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,840 kes. 3 kes ialah kes import sementara 6 kes lain merupakan kes tempatan. Daripada enam kes tempatan tersebut, 4 kes ialah kes warganegara Malaysia manakala 2 kes lagi ialah kes bukan warganegara Malaysia.

8 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih sebanyak 8,574 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 123 kes. Terdapat 143 kes yang masih aktif dan 5 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]



Bookmark-new.svg