Wn/ms/Malaysia mencatatkan 6 kes baharu hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Malaysia mencatatkan 6 kes baharu hari ini
Jump to navigation Jump to search

24 Jun 2020 (Rabu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa 6 kes baharu dicatatkan hari ini. Hal ini menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 8,596 kes. 2 kes merupakan kes import manakala 4 kes ialah kes tempatan.

45 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah kes yang pulih ialah 8,231 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini menjadikan kes kematian kekal 121 kes. Jumlah kes yang aktif pula ialah 238 kes.

Tiga kluster ditemui hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kluster ditemui di Bukit Bintang dan telah menjangkiti 10 orang membabitkan 9 orang warga Bangladesh dan seorang warga tempatan. Selain kluster Bukit Bintang, Dr Noor Hisham juga mendedahkan dua kluster baharu iaitu Kluster Tapak Pembinaan Kuching dan Kondominium Hulu Langat.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg