Jump to content

Wn/ms/MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet

16 Mei 2024 (Khamis)

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd. (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024. Perkara ini adalah berkaitan daripada keputusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang telah membatalkan Sijil Operator Udara (AOC) No. 40 My Jet.

Pesawat My Jet Boeing 737-330 di KLIA.
Imej: @adzneefotografia.aviation.

Pembatalan ASL oleh suruhanjaya adalah mengikut subseksyen 43(3) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], yang menyatakan bahawa jika pemegang lesen perkhidmatan udara tidak lagi memegang AOC yang sah daripada CAAM, ASL yang dikeluarkan kepada mereka hendaklah disifatkan terbatal dari tarikh pemegang lesen perkhidmatan udara yang terhenti daripada memegang AOC.

Dengan pembatalan lesen ASL ini, syarikat My Jet tidak dibenarkan untuk menerbangkan atau menggunakan mana-mana pesawat untuk mengangkut penumpang atau kargo bagi tujuan sewaan atau dibayar melalui laluan domestik atau antarabangsa. Akta 771 akan digunakan jika syarikat My Jet didapati melakukan kesalahan.

My Jet sebelum ini dikenali sebagai Neptune Air telah ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai syarikat penerbangan kargo yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat ini beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pangkalan utamanya dan menawarkan perkhidmatan penerbangan kargo serta perkhidmatan pajakan bersama pesawat dan kru atau pajakan untuk pesawat sahaja. Pada tahun 2018, syarikat Neptune Air telah selesai menjalani proses penstrukturan semula yang membawa kepada penubuhan syarikat My Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog