Jump to content

Wn/ms/Lima sekeluarga terkorban dalam kebakaran sebuah rumah kedai menjual perabot

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lima sekeluarga terkorban dalam kebakaran sebuah rumah kedai menjual perabot

3 Julai 2024 (Rabu)

BEKASI - Sebuah rumah kedai menjual perabot musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di Lorong Tugu dekat daerah Jatiasih di bahagian Jawa Barat. Kebakaran itu mengorbankan lima sekeluarga.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bandar Bekasi, Namar Naris berkata mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat perempuan ditemukan oleh para penyelamat di dalam bilik mandi. "Lima orang ini dipercayai berkumpul di bilik mandi dan mungkin disebabkan asap yang terlalu tebal, mereka tidak berjaya diselamatkan," katanya.

Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar pukul 6:45 pagi waktu tempatan dengan luas bangunan lebih kurang 300 meter persegi. Sebanyak 12 jentera dan 60 anggota bomba dari beberapa balai bomba berdekatan dikerahkan ke tempat kejadian pukul 6:59 pagi dan kebakaran dapat dikawal kira-kira empat jam kemudian. Pihak berkuasa mengesyaki kebakaran itu mungkin berpunca dari litar pintas dalam bangunan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Jatiasih Kompol Suroto, rumah kedai yang menjual perabot itu dijadikan sebagai gudang simpanan stok dan terdapat lima orang pekerja gudang yang tinggal bersebelahan bangunan itu, namun begitu kesemua mereka terselamat.

Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang Rp 1 bilion (RM 288,304).


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog