Wn/ms/Lima kes Covid dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lima kes Covid dicatatkan di Malaysia hari ini

3 Julai 2020 (Jumaat)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa 5 kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,648 kes. 3 kes merupakan kes import sementara 2 lagi kes ialah kes tempatan. Kesemua kes tempatan ialah kes warganegara Malaysia.

92 kes pula telah pulih menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih sebanyak 8,446 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 121 kes. Sementara itu, jumlah kes yang masih aktif ialah 81 kes. 2 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]