Wn/ms/Lim Guan Eng ditahan, akan didakwa di mahkamah esok

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lim Guan Eng ditahan, akan didakwa di mahkamah esok

6 Ogos 2020 (Khamis)


PUTRAJAYA - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah ditahan dan akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini, atas kes projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng.

Perkara itu telah disahkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan media malam ini, susulan laporan bahawa Ahli Parlimen Bagan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya sebentar tadi untuk memberi keterangan mengenai hal tersebut.

"Tidak ada sebab mengapa SPRM harus menghubungi saya pada waktu ini. Mereka boleh mengatur waktu lain dan saya bersedia menemui mereka," kata Lim, yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP).

SPRM pula berkata mereka sudah mendapat izin daripada peguam negara untuk mendakwa Lim, dan beliau akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber[edit | edit source]