Jump to content

Wn/ms/Lelaki ekspatriat alami sakit perut akibat sumbat belut dalam lubang dubur

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Lelaki ekspatriat alami sakit perut akibat sumbat belut dalam lubang dubur

1 Ogos 2024 (Khamis)

HANOI - Seorang lelaki ekspatriat yang menetap di Vietnam terpaksa menahan kesakitan yang melampau apabila seekor belut yang disumbat ke dalam lubang duburnya bertindak menggigit organ dalaman, dipercayai cuba mencari jalan keluar. Insiden itu dilaporkan oleh sebuah media tempatan

Belut mampu bertahan dalam keadaan sempit serta kurang oksigen.
Imej: Dmitriy Konstantinov.

Pada Sabtu, seorang lelaki berumur 31 tahun datang ke Hospital Viet Duc di Hanoi kerana mengadu sakit perut yang agak teruk. Doktor melakukan imbasan sinar-X dan mendedahkan terdapat satu struktur seakan tulang belakang yang dikenal pasti sebagai belut, memanjang dari abdomen kiri ke abdomen kanan pesakit.

Lebih mengerikan, pasukan doktor mendapati sakit yang dialami lelaki itu berpunca daripada cubaan belut itu mencari jalan keluar dari saluran penghadaman dengan menggigit melalui usus besar.

Dr Le Nhat Huy, Timbalan Pengarah Pusat Pembedahan Kolorektum dan Perineum hospital berkenaan berkata semasa rawatan endoskopi dijalankan, para doktor menemui sebiji limau sebesar 4 sentimeter berada di kawasan rektum pesakit. Limau itu telah menghalang laluan dari saluran untuk mengeluarkan belut itu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua bendasing itu berjaya dikeluarkan selepas satu pembedahan kecemasan dijalankan dengan menebuk beberapa lubang di bahagian rektum dan usus besar. Belut yang dikeluarkan itu masih lagi hidup dan ia berukuran kira-kira 65 sentimeter panjang dan 10 sentimeter ukur lilit.

Insiden itu membuktikan belut mampu bertahan dalam keadaan kurang atau tiada oksigen untuk jangka masa panjang dan berupaya memberikan kecederaan kepada saluran penghadaman, kata Dr Huy. "Orang ramai tidak patut sesekali memasukkan haiwan melalui lubang dubur untuk mencipta rasa sensasi, kerana kesannya boleh menjadi teruk."


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog