Jump to content

Wn/ms/Lanjutan gencatan senjata di Shan antara junta dan kumpulan bersenjata Myanmar

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lanjutan gencatan senjata di Shan antara junta dan kumpulan bersenjata Myanmar

22 Julai 2024 (Isnin)

YANGON - Kumpulan bersenjata etnik Myanmar bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata dengan tentera junta di negeri Shan yang terletak di bahagian utara Myanmar selepas mendapat "tekanan" dari China, demikian menurut seorang pemimpin dari kumpulan itu pada Sabtu.

Pada mulanya, gencatan senjata dipersetujui selama empat hari bermula 14 hingga 18 Julai. Siri serangan terbaru dari kumpulan etnik minoriti menyaksikan mereka merampas salah satu daripada bandar utama di sepanjang laluan strategik yang menghubungkan ke China.

Pakatan bersenjata yang terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) bersetuju dengan gencatan itu. Kumpulan ketiga, Tentera Arakan (AA) pula tidak bersetuju. Gencatan itu disambung sehingga 31 Julai.

Walaupun begitu, kumpulan itu memberi amaran mereka akan menyerang kembali sekiranya tentera junta melakukan serangan ke atas kumpulan itu atau bertindak mengebom penduduk awam semasa dalam tempoh gencatan, menurut seorang pemimpin TNLA yang tidak dinamakan kepada media AFP.

Sejak 9 Julai, China bertindak dengan menutup kesemua pintu sempadan kawasan yang dikuasai kumpulan itu.

Perjanjian terbaru itu pula tidak meliputi wilayah Mandalay yang berjiran dengan Shan, di mana serangan masih lagi tercetus di antara tentera junta melawan kumpulan pemberontak dan tentera lain selama berminggu-minggu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog