Jump to content

Wn/ms/Kura-kura terlepas ke landasan, pasang niat berlumba dengan kereta api

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kura-kura terlepas ke landasan, pasang niat berlumba dengan kereta api

24 Julai 2024 (Rabu)

Seekor kura-kura nampaknya menyahut cabaran baru apabila dia berhasrat untuk berlumba dengan sebuah kereta api dekat Stesen Ascot semalam. Namun begitu, perbuatannya telah mencetuskan kelewatan dari kalangan manusia yang terpinga-pinga apakah yang berlaku sebenarnya.

"Saya bosan asyik berlumba dengan arnab"
Imej: Moise Nicu.

Kura-kura diberi nama "Solomon" itu dilaporkan "melarikan" diri dari rumah pemiliknya tidak jauh dari situ dan bergerak melalui landasan kereta api ke arah Bagshot. Pasukan lapangan mengesan haiwan itu bergerak dengan kelajuan biasa menyebabkan kereta api yang sedang menuju ke stesen Ascot terpaksa berhenti buat sementara.

Solomon kemudian diberikan layanan VIP dan dia sepatutnya dihantar ke klinik haiwan di Staines, namun pemiliknya menghalang percutian Solomon apabila dia dituntut kembali.

"Pada Jumaat, kami mengesan penceroboh bersifat luar biasa berada di atas landasan di Ascot iaitu seekor kura-kura bernama Solomon yang terlepas sedang bergerak 'dengan pantas' (merujuk kepada laporan insiden) menuju Bagshot," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pengendali Network Rail Wessex di laman sosial X.

Bagaimanapun, syarikat itu memberi peringatan kepada pengguna akan kepentingan keselamatan di sekitar landasan kereta api. "Kereta api berkelajuan penuh perlukan jarak besar untuk berhenti dan terdapat juga bahaya nyata lain seperti landasan elektrik yang sentiasa beroperasi."

Syarikat juga meminta pemilik rumah di sepanjang landasan agar memastikan pagar mereka selamat dan tidak rosak untuk mengelakkan pencerobohan orang ramai atau haiwan ke landasan.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog