Wn/ms/Bintang Manchester City, Phil Foden gondol anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA
21 Ogos 2024 (Rabu)
MANCHESTER - Bintang Manchester City, Phil Foden dianugerahkan sebagai Pemain PFA Pemain Terbaik Tahunan selepas beliau menonjolkan aksi gemilangnya bersama Manchester City pada musim 2023/24, menghadiahkan trofi Liga Perdana Inggeris kali keempat berturut-turut.
Pemain tengah England itu mencatatkan 19 jumlah gol dan lapan bantuan gol dalam 35 penampilan liga bagi membolehkan kelabnya meraih trofi liga yang bersejarah kerana tiada mana-mana kelab Inggeris berjaya memenangi trofi itu sebanyak empat kali berturut-turut. Sepanjang musim bola sepak itu juga dia telah menjaringkan sebanyak 27 gol dalam kesemua kejohanan, termasuklah kemenangan ke atas Fluminense di mana beliau dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan meraih trofi Piala Dunia Kelab FIFA 2023.
"Untuk menang anugerah ini adalah sesuatu yang istimewa dan saya sangat bangga dan bersyukur," kata Foden menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Manchester City. "Untuk diiktiraf dengan cara ini dari pemain profesional lain bermakna segala-galanya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya."
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih buat Pep (Guardiola), kejurulatihan City dan kesemua rakan pemain saya kerana mereka membantu saya untuk cuba dan menjadi lebih baik setiap hari. Musim lepas merupakan satu lagi momen teristimewa buat semua di kelab namun kini fokus kami terarah kepada cuba untuk mencapai lebih kejayaan untuk musim ini."
Selain anugerah itu, Foden juga turut tersenarai dalam Pasukan Tahunan PFA bersama rakan sekelabnya, Erling Haaland, Rodrigo dan Kyle Walker.
Untuk rekod, beliau pernah memenangi anugerah Pemain PFA Pemain Muda Terbaik pada tahun 2021 dan 2022. Musim ini juga menyaksikan beliau memenangi anugerah Pemain Bola Sepak Tahunan anjuran Persatuan Penulis Bola Sepak Inggeris (FWA).
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) " Phil Foden Named PFA Players’ Player of the Year " — PFA, 20 Ogos 2024
- (Inggeris) Neil Leigh. " Phil Foden named PFA Players’ Player of the Year " — Manchester City, 20 Ogos 2024
- (Inggeris) Leon Imber. " Manchester City's Phil Foden wins PFA Player of the Year award, Chelsea's Cole Palmer scoops Young Player of the Year " — Eurosport, 20 Ogos 2024