Wn/ms/Konsulat China di Houston diarahkan tutup

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Konsulat China di Houston diarahkan tutup
Jump to navigation Jump to search

23 Julai 2020 (Khamis)

Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat


Houston - Amerika Syarikat (A.S) telah mengarahkan China untuk menutup konsulatnya di Houston ekoran ketegangan diplomatik yang berlangsung antara kedua-dua kuasa dunia itu. Pengumuman yang dibuat hari ini mencetuskan kemarahan China yang berjanji akan membalas semula perbuatan itu selepas kedua-dua negara bertengkar berkaitan pelbagai isu daripada perdagangan hingga pandemik Covid-19 serta dasar yang dibuat China di Hong Kong, Xinjiang dan Laut China Selatan.

"China menggesa AS segera menarik balik keputusannya yang salah itu atau China pasti akan mengambil tindakan sewajarnya," kata Wenbin sambil menambah bahawa Beijing dimaklumkan mengenai arahan penutupan pejabat konsulat berkenaan, semalam.

Media tempatan di Houston melaporkan, pasukan bomba dan polis diarahkan ke pejabat konsulat berkenaan, petang semalam, susulan kejadian dokumen dibakar di halaman bangunan itu.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg