Wn/ms/Kluster Pudu kini diisytharkan tamat

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Kluster Pudu kini diisytharkan tamat
Jump to navigation Jump to search

4 Julai 2020 (Sabtu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kluster Pudu yang merupakan sebuah kluster pekerja di sebuah tapak pembinaan di Pudu yang dikesan pada 10 Mei lalu, telah diisytiharkan tamat hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut yang melibatkan sebuah kediaman di Cheras, Kuala Lumpur itu sebelum ini merekodkan 80 kes yang positif Covid-19 selepas seramai 3,397 orang disaring sehingga semalam.

Kes positif COVID-19 yang pertama dalam kluster itu mula dikesan pada 10 Mei yang lalu, susulan saringan yang dijalankan terhadap pekerja-pekerja tersebut, atas inisiatif majikan syarikat terbabit.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg