Jump to content

Wn/ms/Kitab Fiqh Zakat karya Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu dilancarkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kitab Fiqh Zakat karya Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu dilancarkan

30 Mei 2024 (Khamis)

Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana semalam. Naskhah dalam Bahasa Melayu itu dibangunkan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi (2018)
Imej: Ebong abd.

Menurut kenyataan PPZ-MAIWP, mereka sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi di Qatar pada tahun 2019. "Pertemuan itu diadakan bertujuan mendapatkan persetujuan rasmi dari Maktab Al-Qaradawi untuk menerbitkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat ke dalam bahasa Melayu."

"Meskipun adikarya ini terlebih dahulu telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia diketuai oleh Profesor Dr. K.H Didin Hafidhuddin dan sekumpulan penterjemah, namun kesan peredaran zaman dan terutamanya perbezaan penggunaan istilah, maka wujud keperluan mendesak agar kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu," menurut kenyataan itu.

Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi itu membincangkan isu-isu berkaitan zakat secara komprehensif dan merupakan rujukan utama dalam penjelasan terhadap aspek hukum dan pengoperasian zakat. Selain itu, dengan terjemahan Bahasa Melayu ia boleh dijadikan sebagai rujukan kepada penambahbaikan dan kemajuan kepada institusi zakat di seluruh Malaysia.

"PPZ-MAIWP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang turut terlibat dalam penerbitan terjemahan ini antaranya Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Johor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Negeri Johor," tambahnya.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog