Jump to content

Wn/ms/Ketua kemanusiaan PBB memberi amaran krisis kebuluran bakal berlaku di Gaza

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Ketua kemanusiaan PBB memberi amaran krisis kebuluran bakal berlaku di Gaza

20 Mei 2024 (Isnin)

Doha - Siri peperangan yang berlaku di Gaza yang tidak menampakkan jalan penyelesaian bakal mengundang krisis kebuluran yang paling terburuk sekali dalam sejarah, demikian menurut Martin Griffiths, ketua program kemanusiaan PBB.

Jeti sementara yang dibina bagi memudahkan akses penghantaran bantuan.
Imej: United States Army.

"Jika kehabisan bahan bakar, bantuan tidak dapat dihantar kepada rakyat yang memerlukannya, krisis kebuluran yang kita telah perkatakan sebelum ini yang bakal tiba, tidak lagi. Ini akan menjadi kenyataan," kata Griffiths.

"Dan apa yang kita risau, sebagai masyarakat dalam komuniti antarabangsa, tentunya kesan buruk yang perlu diterima. Kesusahan, kepayahan dan malapetaka," tambahnya lagi selepas mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Qatar di Doha.

Lebih kurang 50 buah lori dapat menyalurkan bantuan setiap hari di kawasan yang paling terjejas teruk di utara Gaza melalui Pintasan Erez yang dibuka kembali. Namun begitu, pertempuran yang berlaku dekat Rafah dan Pintasan Kerem Shalom di selatan Gaza pula bermakna laluan penting bagi penyaluran bantuan kini telah "disekat".

Dengan kebanyakkan laluan utama untuk menyalurkan bantuan disekat, beberapa bekalan bantuan kini dihantar melalui jeti sementara yang dibina Amerika Syarikat minggu ini. Menurut Griffiths, operasi maritim telah digerakkan untuk membawa masuk lori-lori yang membawa bekalan itu, namun dia memberi amaran: “ini bukanlah jalan alternatif kepada laluan darat.”


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog