Wn/ms/Kes Covid-19 di satu dunia cecah 10 juta
Appearance
28 Jun 2020 (Ahad)
Beijing - Jumlah kes COVID-19 sudah mencapai 10,108,738 kes dan 501,868 kes kematian manakala 5,480,877 kes disahkan sembuh di seluruh dunia setakat hari ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam tempoh tujuh bulan, wabak yang menyerang saluran pernafasan itu dikesan meningkat dua kali ganda berbanding wabak influenza teruk yang berlaku setiap tahun.
Peningkatan ketara ini disebabkan kebanyakan negara yang teruk terjejas sedang melonggarkan perintah kawalan dan menyesuaikan kehidupan dengan kebiasaan baharu, yang mungkin berlanjutan sehingga vaksin ditemui.
Malah di beberapa negara, kes Covid-19 kembali meningkat menyebabkan pihak berkuasa melaksanakan semula perintah kawalan.
Sumber
[edit | edit source]- "COVID-19: Lebih 10 juta dijangkiti, lebih 500,000 maut di seluruh dunia" — Berita Harian, 28 Jun 2020
- "Kes Covid-19 cecah 10 juta seluruh dunia" — Harian Metro, 28 Jun 2020