Jump to content

Wn/ms/Kerajaan yakin Zon Ekonomi Khas Kendal mampu bersaing dengan JS-SEZ

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kerajaan yakin Zon Ekonomi Khas Kendal mampu bersaing dengan JS-SEZ

8 Ogos 2024 (Khamis)

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menyatakan kesediaan mereka berdepan saingan daripada penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal dilaksanakan tahun ini, demikian menurut Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan.

Menurut Luhut, di bawah pentadbiran Jokowi, negara memiliki kredibiliti yang bagus dan banyak pelabur memberikan kepercayaan mereka kepada pemerintah dalam melabur di sektor-sektor di Indonesia. "Kami tidak takut untuk bersaing dengan mereka (JS-SEZ). Kami memiliki kekuatan modal yang bagus serta kredibiliti yang telah diamanahkan yang kami bangunkan selama ini," katanya.

Ujarnya lagi, Zon Ekonomi Khas Kendal (KEK) bakal bersaing bersama JS-SEZ di mana Johor menawarkan lokasi strategik manakala Singapura pula membangunkan sumber tenaga kerja berkualiti. Namun begitu, beliau mengaku Indonesia tidak dapat bersaing untuk membawa masuk pelabur luar jika hanya bergantung kepada tawaran insentif.

"Kredibiliti ini akan menjadi sangat penting kerana ia menjadi asas kepercayaan kepada pelabur. Kita tidak mampu bersaing dengan negara jiran jika hanya bergantung kepada insentif," tambahnya. "Bukan sahaja insentif, malah kredibiliti dan kepercayaan merupakan kunci utama kita perlu kekalkan."

Untuk rekod, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dibangunkan Malaysia dan Singapura bagi merancakkan lagi ekonomi di kedua-dua negara itu serta mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan asing di beberapa sektor yang akan ditetapkan. Perjanjian JS-SEZ bakal ditandatangani pemimpin dari kedua-dua negara menjelang suku tahun ketiga.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog