Jump to content

Wn/ms/Kerajaan umum tiada cuti gantian automatik pada 17 September

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kerajaan umum tiada cuti gantian automatik pada 17 September

6 Ogos 2024 (Selasa)

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan tiada cuti tambahan diberikan secara automatik susulan pertindihan cuti umum sempena Hari Malaysia dan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) yang jatuh pada hari yang sama iaitu 16 September 2024.

Pekerja disarankan merujuk kepada majikan untuk pengesahan.
Imej: Nelynnnnn.

Notis yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di laman rasminya menyebut, tiada cuti gantian diberikan secara automatik pada hari bekerja berikutnya iaitu pada 17 September 2024.

"Akta Hari Kelepasan 1952 (Akta 369) tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama," menurut notis itu. "Walaupun begitu, Kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am, sekiranya perlu."

Terdahulu, status cuti tambahan hangat diperkatakan netizen dengan seorang netizen berpendapat perkara itu tidak sama dengan situasi pekerja di sektor swasta yang memetik Seksyen 60D Akta Kerja 1955. "Katakan 16 September ada dua cuti umum bertindih, Hari Malaysia dan Maulidur Rasul. Jadi Maulud Nabi SAW kita gantikan kepada 17 September," katanya.

Namun begitu, akta tersebut hanya terpakai jika syarikat swasta mengambil Hari Maulidur Rasul sebagai cuti umum daripada senarai enam hari cuti umum yang boleh dipilih majikan melalui peruntukkan akta tersebut.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog