Wn/ms/Kerajaan Negeri Melaka tumbang, 4 ADUN tarik balik sokongan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Kerajaan Negeri Melaka tumbang, 4 ADUN tarik balik sokongan

4 Oktober 2021 (Isnin)


MELAKA - Suasana politik Melaka kembali bertukar panas apabila 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan bahawa mereka akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dalam satu sidang media.

Mantan Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN - Sungai Udang) bersama dengan 3 lagi ADUN, Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) pada sidang media itu memberitahu surat menarik sokongan telah dihantar kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Sementara itu, Pakatan Harapan Melaka yang diketuai Adly Zahari memberitahu bahawa mereka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu telah hilang majoriti.