Wn/ms/Kematian di Gaza hampir 21,000 ketika Israel meneruskan serangan
Appearance
26 Disember 2023 (Selasa)
Bandar Gaza, Palestin – Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 20,915 orang sejak 7 Oktober, lapor Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa.
Jurucakap Ashraf al-Qudra berkata, 54,918 yang lain telah cedera dalam serangan berterusan Israel di Genting Gaza.
“Sekurang-kurangnya 241 orang terbunuh dan 382 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu,” lapor al-Qudra dalam satu kenyataan.
Serangan udara dan darat Israel ke atas Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan pejuang Palestin, Hamas, telah meninggalkan enklaf itu dalam runtuhan, dengan separuh daripada kawasan perumahannya rosak atau musnah dan hampir dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Nour Mahd Ali Abu Aisha. "Palestinian death toll in Gaza nears 21,000 as Israel continues attacks" — Anadolu Ajansi, 26 Disember 2023