Jump to content

Wn/ms/Kemalangan melibatkan rombongan guru ke Terengganu, dua maut manakala 37 lagi cedera

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kemalangan melibatkan rombongan guru ke Terengganu, dua maut manakala 37 lagi cedera

9 Jun 2024 (Ahad)

ROMPIN - Sebuah bas persiaran yang membawa seramai 39 penumpang terlibat dalam kemalangan dekat persimpangan Jalan Keratong - Bahau awal pagi tadi. Tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Bin Yusof, bas persiaran terbabit gagal memberhentikan kenderaan apabila tiba di tempat kejadian, menyebabkan berlakunya rempuhan dengan sebuah lori treler dari arah lawan.

"Kemalangan tersebut menyebabkan dua mangsa meninggal dunia. Mangsa pertama seorang perempuan berbangsa Melayu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berbangsa Melayu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah," kata Nor Azman. Mangsa ketiga, Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Menurutnya lagi, mangsa-mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut, manakala pemandu lori treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat membawa kenderaan secara melulu.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi hantaran di Facebook mengesahkan kemalangan itu melibatkan rombongan guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah dalam perjalanan ke Terengganu. "Saya telah menghubungi Balai Polis Rompin untuk mendapatkan laporan."

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog