Jump to content

Wn/ms/Jason Momoa mengesahkan hubungan barunya bersama Adria Arjona

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Jason Momoa mengesahkan hubungan barunya bersama Adria Arjona

23 Mei 2024 (Khamis)

Pelakon Amerika Syarikat, Jason Momoa mengesahkan hubungannya dengan pelakon Adria Arjona dalam hantaran beberapa keping gambar di laman Instagram. Menerusi hantaran itu, dia berkongsi pengalaman melancong di Jepun apabila terdapat sekeping gambar yang disertakan itu menunjukkan dia berpelukan bersama teman wanitanya semasa berada di sebuah restoran.

Jason Momoa (2017).
Imej: Gage Skidmore.

"Jepun, anda adalah sebuah impian yang menjadi nyata membuatkan saya terpesona. Kami amat berterima kasih kepada semua yang sudi mempelawa kami masuk, mencipta memori bersama rakan baru dan rakan lama, berkongsi satu lagi pengembaraan yang menakjubkan bersama mi amor (cinta saya)," kapsyen yang diletakkan oleh Momoa bersama hantaran gambar-gambar itu.

Adria Arjona (2022)
Imej: LA LATA.

Awal tahun ini, Momoa mendedahkan semasa dalam sesi soal jawab dalam acara Comic Con, apabila ditanya oleh seorang penonton di mana dia kini "sedang dalam menjalinkan hubungan" namun tidak memberikan butiran lanjut kerana dia "menikmati waktu privasi" pada ketika itu. Momoa berkata, "Saya memang sedang menjalinkan hubungan. Awak akan tahu nanti! Saya memang sedang menjalinkan hubungan. Saya sudah berada dalam hubungan ini pada beberapa ketika. Saya cuma nak menikmati privasi kerana pada ketika itu tiada orang peduli namun sekarang sebaliknya, tapi saya masih lagi orang yang sama."

Pelakon Adria Arjona berasal dari Puerto Rico, berusia 32 tahun. Arjona pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Pacific Rim: Uprising, True Detective, Narcos, Emerald City, Life of the Party dan Morbius. Arjona merupakan anak kepada penyanyi dan penggubah lagu terkenal Guatemala, Ricardo Arjona serta pernah berkahwin dengan seorang peguam pada tahun 2020.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog