Wn/ms/Israel ancam untuk perluaskan serangan ke atas Gaza
19 November 2012 (Isnin)
BAITULMUQADDIS 18 Nov. - Serangan ketenteraan oleh rejim Israel dan pihak pejuang Palestin berterusan untuk hari kelima di Semenanjung Gaza. Sekurang-kurangnya 53 rakyat Palestin dan 3 warga Israel terkorban dalam beberapa siri serangan tersebut.
Pada Ahad lalu, tentera Israel telah melancarkan berpuluh-puluh serangan udara Gaza bagi disasarkan kepada pihak pejuang Islam, Hamas. Menurut pihak tentera, pesawat pejuang mereka berjaya menyerang tapak pelancaran roket Palestin, sebuah pangkalan latihan dan pusat kawalan. Kawasan perumahan yang menempatkan dua pusat media yang diduduki oleh wartawan Palestin dan wartawan asing turut musnah dalam serangan itu.
Sistem pertahanan Kubah Besi Israel telah memintas banyak roket yang dilepaskan oleh pejuang Palestin termasuklah dua roket yang dilepaskan di Tel Aviv. Sistem itu yang melancarkan peluru berpandu pemintas telah memusnahkan kira-kira 200 roket sejak pertempuran itu bermula pada hari Rabu.
Pada mesyuarat mingguan Kabinet, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata Israel telah melakukan serangan di lebih 1,000 kawasan sasaran di Gaza dan beliau telah mengeluarkan amaran sukar. Arahan tersebut mungkin adalah serangan melalui kawasan darat. Pihak tentera telah memanggil beribu-ribu askar simpanan untuk bersedia di sempadan Gaza.
“ | Kami menuntut harga yang tinggi dari pihak Hamas dan pertubuhan pengganas yang lain. Pihak tentera juga bersedia untuk memperluaskan lagi serangan. | ” |
— Kata Netanyahu dalam mesyuarat Kabinet |
Anggota kanan pejuang Hamas, Mousa Abu Marzook telah bertemu dengan pegawai dari Mesir di Kaherah. Menurut Abu Marzook, pihak Hamas bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata seperti sediakala. Tambahan lagi, pihak Hamas juga memberikan syarat supaya pihak Israel menghentikan serangan udara ke atas Gaza dan menghentikan pembunuhan yang disasarkan kepada panglima pejuang Hamas. Pegawai kanan Israel juga telah tiba di bagi menghadiri perbincangan mengenai gencatan senjata itu.
Rencana ini mengandungi bahan daripada "Israel Threatens to Expand Gaza Offensive" oleh Berita VOA yang berada dalam domain awam. |
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Robert Berger. "Israel Threatens to Expand Gaza Offensive" — 18 November 2012