Jump to content

Wn/ms/Ukraine terima jet pejuang F-16, ganti pesawat tempur era Soviet yang uzur

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Ukraine terima jet pejuang F-16, ganti pesawat tempur era Soviet yang uzur

5 Ogos 2024 (Isnin)

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengesahkan jet pejuang jenis F-16 telah tiba di Ukraine, lebih 29 bulan sejak pencerobohan Rusia di negara itu. Majlis yang diadakan di lokasi yang tidak didedahkan dihadiri pasukan ketenteraan dan pengamal media.

Jet F-16 di pangkalan tentera Ukraine semasa program Safe Skies 2011.
Imej: Tech. Sgt. Charles Vaughn.

"F-16 di Ukraine. Kita berjaya. Kita selalu mendengar perkataan 'mustahil'. Namun kini adalah realiti. Realiti di ruang udara kita. F-16 di Ukraine" kata Zelenskyy pada Ahad. "Kita berjaya lakukannya."

Dalam majlis ringkas itu juga, beliau meluangkan masa bertemu dengan para juruterbang jet sambil dua buah jet F-16 dipertontonkan di situ dan dua lagi terbang di sekitar lokasi. Jet F-16 yang menelan kos sebanyak £50 juta (RM282,480,470) telah ditempah berbulan-bulan lamanya sebelum ia dihantar dan mula digunakan.

Walau bagaimanapun, beliau akui Ukraine kekurangan bilangan juruterbang yang mampu mengendalikan jet itu. "Perkara positif dari perkara ini ialah kami menjangkakan F-16 tambahan, dan ramai anggota kami sedang menjalani latihan," tambahnya. Beliau berharap rakan sekutu Ukraine cuba mencari jalan untuk mengembangkan program latihan di samping memberi peluang kepada kedua-dua juruterbang dan pasukan kejuruteraan warga Ukraine.

Ukraine sebelum itu hanya bergantung kepada pesawat tempur era Soviet yang telah uzur dan tidak berupaya bertempur dengan pasukan udara Rusia yang lebih canggih dengan bilangan yang lebih besar. Seorang pegawai Ukraine memberi bayangan bahawa beberapa jet F-16 mungkin akan ditempatkan di pangkalan tentera yang digunakan oleh rakan sekutu di luar negara bagi melindungi jet tersebut daripada serangan Rusia.

Pada Julai, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata jet F-16 dari Demark dan Belanda akan berada di ruang udara Ukraine pada musim panas nanti.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog