Wn/ms/Irwandi Yusuf gesa siasatan insiden pukul terhadapnya

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Irwandi Yusuf gesa siasatan insiden pukul terhadapnya

27 Jun 2012 (Rabu)

Irwandy Yusuf ketika di Kedutaan Indonesia.

JAKARTA 27 Jun − Irwandy Yusuf, bekas Gabenor Aceh telah menggesa pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap insiden serangan yang dilakukan oleh penyokong Gabenor terkini Aceh, Zaini Abdullah ke atasnya ketika dalam satu majlis perasmian kelmarin.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas mendapatkan rawatan di hospital, beliau mengesahkan bahawa penyerang itu adalah dalam kalangan mereka yang memakai pakaian seragam Parti Aceh. Beliau juga menambah bahawa beliau mengenali beberapa orang di antara mereka itu.

Insiden itu berlaku ketika selepas beliau meninggalkan bangunan yang diadakan majlis perasmian angkat sumpah Gabenor baru itu. Ketika di luar pintu pagar bangunan, beribu-ribu penyokong yang datang memberi sokongan kepada Zaini mula mengeluarkan penghinaan kepada Irwandy.

Menurut pihak polis, salah seorang penyokong Zaini mula memukul Irwandy sebelum diikuti beberapa orang yang lain. Irwandy kemudiannya dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan dan lebam pada matanya.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg